Dakwaan kononnya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar.

Perkara ini disahkan menerusi akaun Twitter rasmi Johor Southern Tigers yang dimuat naik pada jam 4.23 petang tadi untuk menjelaskan keadaan sebenar. 

“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.


Terdahulu, paparan skrin yang mengatakan pemain JDT berusia 32 tahun itu telah meninggal dunia viral di media sosial, termasuk WhatsApp.

Berita itu kononnya terbitan sebuah akhbar tempatan yang kongsi berita itu di laman Facebook mereka. Astro Awani

SahtipuSeorang yang dianggap ulamak tersohor dari parti pembangkang negara telah mengeluarkan status di facebook untuk menjadi bahan makian dan juga kutukkan pengikut serta ahlinya.
Yang terbaru Ustaz Politik dari kawasan Dewan Undang Negeri Paka juga Pesuruhjaya Pas negeri Terengganu telah menghina orang lain dengan menjadikan Fan Page beliau sebagai tempat mengumpul dosa harian.
Beliau yang turut mempunyai sekolah tahfiz itu tiddak mencerminkan apa yang beliau ajari kepada anak-anak didik beliau sedangkan perbuatan mengutuk serta menghina makluk lain yang dilarang sama sekali dalam Islam.
Didalam kenyataan Ahmad Razif itu, ada menyebut beberapa perkara untuk kebaikan rakyat dan ianya telah diterjemahkan dalam perundingan bersama kerajaan pusat serta turut menjada agenda politik pembangkang yang tidak mahu urusan itu menjadi kenyataan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)
Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”
(Hadis Riwayat  Abu Daud)
Tetapi demi kelangsungan politik PAS beliau sanggup menghina dan mencerca kebaikan yang dibuat orang lain asalkan mereka memperolehi mailage dalam politik.
Banyak perkara yang telah beliau lakukan dengan pelbagai perpeksi mahupun fitnah yang terancang.
Menurut beberapa sumber yang telah ditemui, saman berkenaan katanya diatas fitnah rakyat kepada beliau yang telah menipu wang rakyat dengan jumlah yang agak besar RM 1.4 juta sebelum ini.
Bukti resit yang disimpan rakyat (peneroka) akan menjadi saksi didalam mahkamah apabila perbicaraan itu berlangsung nanti dan ianya akan memperlihatkan akan kebenaran perjuangan PAS pada masa ini.
Dikatakan juga secara lisan beliau juga telah mengakui menerima wang tersebut sebagai deposit untuk menyediakan tanah seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Sumber 12, 3
Pembinaan jalan empat lorong termasuk dua jambatan utama merentasi Sungai Nerus dan Sungai Terengganu sepanjang 6.5 kilometer dari Bukit Guntung, Tepuh ke Losong, Kuala Terengganu ‘terputus’ di Kampung Banggol Donas sepanjang 250 meter.

Ia berlarutan lebih 3 tahun!

Kos pembinaannya bukan sedikit, lebih RM225 juta. Bagi menjayakan projek itu, sebanyak 184 lot terlibat dengan proses pengambilan balik tanah mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu.

Daripada 184 lot, hanya satu lot iaitu Lot 4121 yang agak ‘rumit’ untuk diselesaikan. Lot itu dimiliki oleh Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman, isteri Salleh Embong.

Salleh Embong adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas yang ditubuhkan untuk menghalang pihak kerajaan mengambil lot berkenaan bagi melaksanakan projek tersebut.

Kononnya untuk mendapatkan keadilan, Abdul Halim dan empat yang lain telah memfailkan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 14 Oktober 2013 bagi menghalang kerajaan mengambil balik tanah tersebut. Pada 16 Jun 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohanan itu.

Perkara itu dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan dan pada 11 Mac 2015, permohonan Abdul Halim dan empat yang lain ditolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Walaupun dua kali kalah di mahkamah, kerajaan negeri, UMNO dan BN masih dituduh tidak mengikut peraturan, zalim, dan kejam kepada penduduk.

Sebanyak 103 binaan termasuk rumah kediaman telah dikosongkan. Hanya 5 binaan masih belum dikosongkan termasuk rumah milik Salleh Embong.

Namun, Salleh memilih untuk menjadikan perkara ini sebagai propaganda politik bersama pemimpin PAS termasuklah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali dan ADUN PAS Teluk Pasu, Ridzuan Hashim.

Soalan untuk Salleh Embong dan pemimpin PAS di Terengganu?

(1) Sebanyak 184 lot tanah terlibat dengan proses pengambilan balik, 183 lot telah selesai dan hanya 1 lot tidak selesai. Dimana zalimnya kerajaan? Hanya kerana 1 lot, projek untuk kemudahan rakyat terbengkalai, kos pembinaan meningkat dan berlaku pembaziran.

(2) Sebanyak 103 binaan telah dikosongkan dan semua pemilik menerima pampasan dan hanya 5 binaan (rumah kediaman) belum dikosongkan. Dimana kejamnya kerajaan? Siapa yang mahu mewakili 103 pemilik binaan yang sanggup merobohkan rumah kediaman dan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada projek yang akan menguntungkan orang ramai.

(3) Adakah Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus dan Wakil Rakyat PAS Teluk Pasu sudah bertanya kepada penyokong PAS (jangan tanya penyokong UMNO) yang terlibat dengan pengambilan balik 183 lot tanah yang telah selesai dan 103 binaan yang telah dikosongkan, berapa pampasan mereka dapat? Pemimpin PAS Kuala Nerus begitu sibuk memperjuangkan pampasan tanah Salleh Embong sedangkan penyokong PAS yang lain bagaimana?

Yang pasti, pemimpin PAS dapat keuntungan politik. Dapat jadi ‘pejuang rakyat’ dan dapat masuk Sinar Harian, Harakah dan facebook sekali gus menggalkan usaha kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat.

Projek itu antara lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di dua jalan utama yang melibatkan Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir. Ia turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan baru yang merentasi Sungai Terengganu di Pulau Sekati dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.

Selain memberi keselesaan kepada rakyat, jalan itu bakal menghubungkan kawasan baru seperti Kompleks Usahawan Terengganu, Projek Rumah Mampu Milik Banggol Tuan Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram.

Tahukah pemimpin PAS, apa sudah jadi kepada pemilik 5 rumah berkenaan. Sedangkan jiran sekeliling mereka sudah bertahun tinggal di rumah baru setelah dapat pampasan dan diberi lot kediaman percuma oleh kerajaan negeri. Tahukah pemimpin PAS, berapa kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan kecurian, kerosakan dan kelewatan? Bukankah itu duit rakyat? Tahukah pemimpin PAS jalan yang ‘terputus’ itu menjadi tempat anak muda merempit sehingga ada yang telah terkorban? Tahukah pemimpin PAS, projek yang ‘terbengkalai’ itu menjadi tempat maksiat orang muda serta orang tua? Apa yang pemimpin PAS tahu?

Kampung Banggol Donas perlu diselamatkan! Diselamatkan daripada hasutan dan penipuan pemimpin PAS! – TERENGGANU DAILY
Malam tadi telah diviralkan satu kenyataan Pengerusi Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat yang turut sama menghina penerima-penerima dana raya yang telah diagihkan oleh kerajaan negeri Terengganu.


Difahamkan dalam kenyataan tersebut berkaitan penajaan kerajaan kepada pelajar cemerlang 2016 untuk menyambung pengajian di luar negara.


Didalam status facebook itu juga beliau turut menidakkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh kerajaan barisan nasional (BN) yang selama ini telah banyak menabur bakti kepada rakyat terutama kepada  rakyat yang berpendapat rendah dalam ketegori miskin.


Dengan jumlah populasi rakyat Terengganu yang telah direkodkan pada 11 Mei 2015 seramai 1,153.50 orang dan berbangsa melayu Islam 1,092.20 orang dan selebihnya lain-lain bangsa.


Sejak 10 tahun lalu, kerajaan terengganu telah mengagihkan wang dana raya kepada rakyat yang mana dapat menampung keperluan dan perbelanjaan menjelang hari raya.


Memang benar tahun 2016 ini kerajaan menangguh penghantaran atau penajaan pelajar ke luar negara kerana faktor ekonomi semasa dan juga kewangan negeri.


Artikel ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah memingkirkan pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara menerusi Yayasan Terengganu (YT).


YT tahun ini mengekalkan jumlah penajaan sebanyak RM60 juta untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti tahun lepas.


Menurut Pengarah YT Mohamad Sulung  setakat ini, terdapat 625 pelajar anak Terengganu sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dalam pelbagai bidang manakala 119 orang daripada mereka akan menamatkan pengajian masing-masing pada tahun ini.


"Sebelum ini, yayasan hanya membelanjakan kira-kira RM40 juta untuk tajaan sejumlah pelajar yang sama ke luar negara namun jumlah tersebut meningkat sejak kebelakangan ini akibat daripada kejatuhan mata wang ringgit, ujurnya.


YT juga mengekalkan penajaan untuk pengajian didalam negara masing berjalan seperti biasa dan bagi pinjaman pelajaran yang diberi khususnya bagi penajaan di dalam negara, ianya adalah pinjaman boleh ubah yang boleh ditukar kepada dermasiswa sekiranya pelajar berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dengan kepujian kelas pertama.


Jadi dimana keperluan mengatasi kehendak politik yang cuba dimainkan PAS Terengganu menerusi Amzad dan juga Satiful bahri Mamat Pesuruhjaya PAS Terengganu.


Kenyataan yang dibuat Amzad boleh dianggap menghina warga miskin negeri ini yang menerima yang mana dari golongan ibu dan bapa tunggal, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan miskin pendapatan bawah RM 2000 kebawah.

Dengan pengagihan dana raya oleh Kerajaan Terengganu dapat meringankan beban mereka yang terlibat untuk menjelang  hari raya pada setiap tahun.


Pada tahun 2016 seramai 250 ribu orang menerima manfaat dari pengagihan dana raya oleh kerajaan negeri Terengganu yang mana rata-ratanya rakyat bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN hari ini.


Menurut sumber, pinjaman pelajaraan yang lalu yang mana telah tamat pengajian dan sedang membuat bayaran balik tidak pernah bersungut untuk berbuat demikian.


Tetapi peminjam dari kalangan anak-anak pendokong PAS Terengganu yang LIAT untuk membayar balik pinjaman hari ini dan rekod bayaran balik boleh dibuat semakan dengan Yayasan Terengganu.


Orang yang Berniat Tidak Mau Melunasi Hutang Akan Dihukumi Sebagai Pencuri


Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا

Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah no. 2410. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shohih)


Al Munawi mengatakan, “Orang seperti ini akan dikumpulkan bersama golongan pencuri dan akan diberi balasan sebagaimana mereka.” (Faidul Qodir, 3/181)


Ibnu Majah membawakan hadits di atas pada Bab “Barangsiapa berhutang dan berniat tidak ingin melunasinya.”


Ibnu Majah juga membawakan riwayat lainnya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

Barangsiapa yang mengambil harta manusia, dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah juga akan menghancurkan dirinya.


” (HR. Bukhari no. 18 dan Ibnu Majah no. 2411). 


Di antara maksud hadits ini adalah barangsiapa yang mengambil harta manusia melalui jalan hutang, lalu dia berniat tidak ingin mengembalikan hutang tersebut, maka Allah pun akan menghancurkannya. Ya Allah, lindungilah kami dari banyak berhutang dan enggan untuk melunasinya.





FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak

1.                           Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain. 

2.                           Apabila ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.


3.                           Dakwaan dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari kebenaran


4.                           Blog ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa kepada politik kebencian.

5.                           Kembali kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.


Dakwaan 1

Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

Jawapan


1.                           Ordinan Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November 2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh ini.


2.                           Lanjutan daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di gazetkan pada 22 June 2012.


3.                           Perhatikan, bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.


4.                           Akta 750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1


5.                           Kenapa akta ini penting ?  Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.


6.                           Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam Akta Petroleum 1974.


7.                           Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut  kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).


8.                           Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh Kerajaan Pusat.


9.                           Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.


Rajah 1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters'
              
Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965

Rajah 2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965

Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.

Kesimpulan untuk dakwaan ini

Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012

 Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.

Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.

Dakwaan 2

Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Jawapan

1.      Seperti yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974 (akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.

2.      Tidak ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah `bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar pantai.
Rajah 3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974

3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.

 4.  Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun Tanah Negara.


Dakwaan 3

Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

Jawapan

1.            JDA adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand, oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan.

Dakwaan 4

Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.

Jawapan
 
1.                           Minyak tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila rujuk jawapan diatas.


2.                            Petronas adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik.

3.                           Blog ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang operasi carigali dan pemprosesan minyak.

Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)

Dakwaan 5

Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak adalah jauh dari 3 batu nautica?

Jawapan

Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh Kerajaan Terengganu.

Dakwaan 6

Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?

Jawapan

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.

Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.

Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.

Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.

Soalan tambahan

1.  Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan dengan Royalti ini?

Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-

Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).

Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.

Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.


2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini

Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan demi survival politik mereka.

Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.

Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.

Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.





KUALA TERENGGANU: UMNO Bahagian Kuala Terengganu tidak akan membenarkan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bertapak di negeri ini.


Ketuanya, Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata UMNO bahagian itu tidak memandang remeh penubuhan parti itu dan akan bekerja kuat untuk memastikan parti itu gagal memenangi kerusi jika meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Walaupun parti itu tidak akan mendapat tempat di hati pengundi kerana ditubuhkan atas kepentingan peribadi dan dendam, semua pemimpin UMNO perlu bersedia memastikan parti berkenaan gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum depan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu, di sini, tengah hari tadi.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar.

Sementara itu, Mohd Sabri yang juga Pengerusi Pembangunan DUN Ladang berkata, pihaknya berbesar hati kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih UMNO Bahagian Kuala Terengganu untuk merasmikan mesyuarat perwakilan parti, pada 20 Ogos ini.

Beliau berkata, kesediaan Presiden UMNO untuk hadir merasmikan mesyuarat perwakilan itu adalah satu cabaran untuk semua pucuk pimpinan termasuk pemimpin di peringkat akar umbi.

"UMNO di Terengganu mempunyai lapan bahagian, tetapi hanya UMNO Bahagian Kuala Terengganu dipilih oleh presiden untuk merasmikan mesyuarat perwakilan dan pemilihan itu amat bermakna kerana semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen dikuasai parti pembangkang.

"Saya juga difahamkan, presiden hanya memilih 13 termasuk UMNO Bahagian Kuala Terengganu dari keseluruhan 191 bahagian UMNO di seluruh negara untuk turun padang merasmikan mesyuarat perwakilan," katanya. -BH


KENYATAAN MEDIA 

Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman
MENTERI BESAR TERENGGANU 

3 Ogos 2016

Assalamualaikum WBT

Salam Satu Malaysia dan Salam TTB.

Saya selaku Menteri Besar (MB) Negeri Terengganu Darul Iman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri  terpanggil untuk membuat perincian dengan apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kini.

Politik negeri Terengganu semenjak saya diamanahkan sebagai Ketua Kerajaan Terengganu yang bertuah ini.

1. Saya telah amati dengan teliti akan segala desas-desus, insiden serta tragedi yang telah berlaku dan sedang berlaku sepanjang pentadbiran saya dengan penuh rasa tawadu’ dan redha di atas segala apa berlaku.  Semuanya sudah tercatat sejak Azali lagi iaitu "kita hanya  mampu merancang, Allah SWT yang menentukan ”.

2. Saya ingin mengulas beberapa insiden sepanjang kepimpinan saya selaku MB, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Adun Seberang Takir yang akan menjadi sejarah kepada kerajaan, rakyat negeri Terengganu  serta anak cucu yg akan datang.

3. Apakah punca sebenar UMNO Negeri Terengganu atau Kerajaan Barisan Nasional Terengganu  dilihat sentiasa  berada dalam keadaan  “tidak menentu dan tidak beryakinan”.. Puncanya ialah kita kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.  Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU Ke-12 yang diwarisi kepimpinan terdahulu tinggal 17 kerusi sahaja pada PRU Ke-13. Inilah realiti yang perlu diterima ahli-ahli serta pemimpin UMNO dan rakyat.

4. Inilah  ibu  kepada segala permasalahan dan ketidakstabilan yang sedang  melanda politik dan pertabiran Kerajaan Negeri Terengganu.  Apabila sudah tidak kuat kita akan terdedah dengan pelbagai ancaman “dalam dan luar”.  Kita diugut, kita dipaksa dan kita di pengaruhi. Saya bukan “superman atau memiliki lampu ajaib”  yang boleh membuat sesuatu menjadi lebih cepat dan sempurna dengan sekelip mata.

5. Dan kepada rakan-rakan saya dalam parti yang tidak berpuas hati terhadap cara kepimpinan saya, saya memahami dan menghormati pendirian itu tetapi sebagai orang politik macam saudara juga,  saya punyai hak untuk mempertahankan diri dan memperjuangkan apa yang difikir betul. Saya sentiasa kenal siapa “kawan dan lawan”  dalam politik dan mengamalkan keterbukaan bagi mencari kaedah terbaik atas apa-apa juga permasalahan.

6. Fakta tetap fakta. Kesimpulannya kerajaan BN yang ada di Terengganu sedang berhempas pulas memikul beban tanggungan yg di tinggalkan oleh MB  lama. Sekarang  tiba-tiba dengan megah mengaku cuba menjadi “penyelamat”. Sepatutnya bekas MB itu membantu saya menstabilkan UMNO dan membuat persediaan menghadapi PRU-14.

7.  Isu anugerah pingat kebesaran  saya ditarik balik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya sentiasa sedar dan akur  bahawa saya ini anak Negeri Terengganu dan Raja saya ialah Duli  Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Terengganu. Insiden pemecatan pingat kebesaran oleh DYMM Tuanku adalah hak mutlak Baginda terhadap rakyat jelatanya dan menimbulkan keinsafan dalam diri saya. Namun setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Menginsafkan saya lagi,  kita hanya insan lemah yang perlu sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan mengambil setiap pengajaran daripadanya.

8. Dan hikmahnya, saya seolah-olah diberi  “peluang kedua” oleh Allah SWT untuk terus hidup di dalam dunia politik. Pada kesempatan ini akan saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat Terengganu serta ummah demi sifat kemaafan DYMM Tuanku, dan memperkuatkan  parti keramat UMNO atas kepercayaan Presiden parti kepada saya.

9. Faktor jawatan MB ini adalah hak mutlak DYMM Tuanku di Negeri dan hak mutlak YAB PM diperingkat Kerajaan Persekutuan. Jawatan MB bukanlah jawatan yang boleh diminta atau dipohon sesuka hati.  “Adunan dan gabungan” kuasa yang berasaskan perlembagaan negeri perlu berlaku sebelum “terjadinya” perlantikan atau pengguguran seseorang MB.

10. Maka sesiapa sahaja yg mempertikaikan isu perlantikan jawatan atau mengugurkan MB adalah melampaui amalan rakyat yang ada Rajanya  kerana  jika YAB PM mengarahkan atau DYMM Tuanku mentitahkan seseorang MB undur, maka keadaan itu akan berlaku. Usahlah libatkan unsur-unsur  Istana di dalam krisis ketika ini seperti membuat gerakan gelombang kuning dan macam-macam perkara lain yang dilihat cuba mencemarkan Institusi Di Raja.

11. Bagi ahli atau pemimpin parti yang tidak puas hati dengan kepimpinan tertingginya, kita mempunyai kaedah dan cara tertentu dalam menyelesaikan masalah ini.  Bukan dengan mengheret seluruh masyarakat menjadi huru hara di atas asas andaian dan ketidakpuasan hati kita sendiri. Contohnya sekiranya rakyat tidak berpuas hati kepada kerajaan yang pilih secara demokrasi, tunggulah tibanya  waktu  PRU. Rakyat tidak boleh keluar berarak di tepi jalan raya kerana negara kita ada undang-undang dan peraturan. Sama juga dengan institusi UMNO yang mempunyai struktur peraturan dan undang-undang tersendiri.

12.   Sebagai akhir kata, marilah kita bersama-sama menjernihkan keadaan politik negeri Terengganu serta bekerja lebih kuat untuk mendapat kemenangan yang cemerlang pada PRU-14 supaya tidak terjadi seperti PRU-13 lalu dan fokus kepada Pembangunan Negara Bangsa dan Pemasalahaan Rakyat semasa. Saya juga yakin UMNO Terengganu masa kini dalam keadaan STABIL DAN TERURUS walaupun ada cerita yang bukan-bukan. Percayalah sebagai mana saya katakan, terserahlah kepada qada dan qadar setelah kita ikthiar bersungguh-sungguh.

KRONOLOGI DAN REALITY CHECK

1. Siapa yang menyebabkan MB dahulu diberhentikan.  Jelas tindak tanduk bekas MB itu sendiri dengan membuat  aku janji pengunduran daripada  jawatan tersebut  lebih awal.

2. Siapa yang meninggalkan  `ibu’  kepada segala permasalahan ini. Jelas MB sebelum ini. Kalah teruk dalam PRU ke-13 daripada  28  kerusi kepada 17 kerusi sahaja.

3. Siapa yang memulakan "peperangan atau pergelutan ini”. Jelas bekas MB sebelum ini dengan membuat usul undi  tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri  yang mulia dan bersekongkol  dengan  elemen-elemen yang jelas bertentangan dengan kepimpinan pusat  serta negeri.

Sekian.
| Copyright © 2013 Alif Ba Ta